Apa itu Kencing Manis @ Diabetes Mellitus?
Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.
Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Penyakit Kencing Manis @ Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami Kencing Manis @ Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.
Kencing Manis @ Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi kencing manis @ diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. Persatuan Diabetes Malaysia tahun 2007 menganggarkan hampir 1,200,000 orang rakyat Malaysia menghidap Diabetes. Malangnya lebih 600,000 orang tidak sedar mempunyai penyakit ini.
Kencing Manis @ Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Kencing Manis @ Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Kencing Manis ?
1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Apakah tanda-tanda amaran Kencing Manis ?
Gejala yang biasa dialami ialah: Haus/dahaga (haus yang berlebihan), Letih, Berat badan menurun, Penglihatan kabur, Otot lemah dan Gatal.
Lain-lain gejala termasuk: Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan, Luka yang lambat sembuh, Kencing yang kerap, Gatal pada bahagian kemaluan dan Rasa kebas.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kencing Manis ?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
- Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
- Impaired glucose tolerance (IGT).
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
- Tekanan darah tinggi
- Tidak aktif -gaya hidup sedentari
- Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
- Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.Komplikasi Kencing Manis @ Diabetes
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
- Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
- Mata: Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
- Saraf: Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene.
- Otak: Angin ahmar (hubung dengan strok)
- Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
- Jantung: Sakit jantung
- Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
- Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
- Memastikan badan memperoleh serat yang mencukupi untuk mengawal tahap glukosa darah, mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida
- Di dalam multivitamin Vitalea terdapat trace mineral Chromium, yang bekerja dengan insulin mengimbangi kandungan gula dalam badan.
- Zink sangat penting untuk penyembuhan luka. Apabila pesakit kencing manis kronik mengalami kecederaan, amat sukar sembuh. Jadi Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan pesakit boleh mengelakkan amputasi berlaku.
- Mengapakah pesakit diabetes memerlukan vitamin C ya? Ini kerana glukos dan vitamin C melalui laluan yang sama menuju ke sel. Apabila glukos berlebihan, vitamin C tidak akan dapat masuk ke sel. vitamin C sangat penting kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap kencing manis dan darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Info yang sangat berguna.
BalasPadamPenawar Kencing Manis