Info Kesihatan

Tahukah Anda?

1. Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan utk kesihatan kaum lelaki.

2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah. Dan sarapan MESTI lah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Saya cadangkan makan OAT, tabur kismis secukup rasa dan campur susu low fat. Saya dah amalkan makan sarapan macam tu sejak selepas pantang, alhamdulillah, saya kenyang sampai ke tengahari. Kalau tak suka oat, boleh cuba Kellog's K atau Salad. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.

3. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan