GLA Complex Boleh Atasi Senggugut Terlampau

Apakah itu Senggugut?


 

FAKTA MENGENAI SENGGUGUT.....

Anda mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan anda betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke kelas atau kerja.

 

Apa itu senggugut?

 Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang anda alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali anda period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

 

Apa yang menyebabkan dismenorea?

 Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period anda yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor anda mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh anda semasa pemeriksaan.

Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh anda boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan anda senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu anda mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Apa itu endometriosis?Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

 

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Berikut adalah penerangan dari Dr Hamid Arshat mengenai senggugut jadi endometriosis:

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.




Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)




Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovari rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovari dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telur permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.



Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakit puan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.


Sumber: Dr Hamid Arshat


Kami di Shaklee ada petua hilangkan senggugut yang terbukti mujarab, insyaAllah. Ramai customer dah pun mencubanya dan cukup berpuas hati dengan hasilnya tanpa memerlukan ubat-ubatan tahan sakit. GLA Complex Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi daripada Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E.


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
 


TESTIMONI PESAKIT





Pilihan di tangan anda...Adakah anda ingin di bedah seperti gambar di atas? Atau dapatkan vitamin yang hebat ini.... ;)


Hubungi kami utk harga yg istimewa
Pn Isyqi
 017-3726927 (sms/whatsapp)
www.anjungvitamin.blogspot.com
Pm/live chat
www.facebook.com/messages/anjungvitamin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan