APA ITU KOLAGEN?

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfa.

Semakin Berkurangan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan anti-penuaan.

Secara umumnya, kesan kekurangan kolagen adalan kesan-kesan penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin lemah dan kurang.

Menegangkan Kulit

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Sumber Kolagen

Kolagen boleh diperolehi daripada banyak sumber, antaranya ialah :

* lembu (bovine) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
* babi (porcine origin)
* haiwan laut – contohnya ikan, gamat, sirip jerung
* tumbuhan – contohnya kacang soya, buahan citrus
* yak – produk dari China
* manusia – plasenta, janin yang digugurkan

Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah daripada sumber yang halal. Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam, kerana mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada pencemaran.

Kepentingan Kolagen?

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Kepentingan Kolagen

Memulihkan masalah kulit - apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kuliR t baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut - nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

 UNTUK MENGETAHUI TENTANG SUMBER KOLAGEN ASLI DAN CARA MEMBUAT TEMPAHAN, SILA HUBUNGI SAYA DI 017-3726927 atau www.facebook.com/messages/anjungvitamin


Set Berpantang Shaklee...IBU SIHAT, BAYI SELAMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    
  Hari ini saya nak berkongsi dgn anda tentang betapa pentingnya penjagaan sewaktu berpantang. Setiap ibu hamil pasti akan tertanya-tanya set bersalin manakah yang terbaik untuk di ambil selepas bersalin, terutamanya bagi mereka yang melahirkan anak pertama...1st experience...
  Banyak maklumat yang diperoleh hasil pembacaan sama ada melalui internet atau pandangan rakan-rakan. Tapi apa-apa pun, keserasian set bersalin sebenarnya bergantung pada diri individu itu sendiri.              
  Bagi para ibu yang ingin mengambil vitamin sebagai pengganti jamu untuk berpantang, ada terdapat beberapa vitamin yang boleh di syorkan....




Kenapa set berpantang Shaklee lebih baik dari jamu?

JAMU
VITAMIN SHAKLEE
Jamu kebanyakanya di perbuat daripada campuranramuan HERBA Tradisional
Set Bersalin Shaklee Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi
Mengambil masa yang lama untuk diuraikan sama ada cukup air di dalam badan atau tidak
Memerlukan masa yang singkat untuk meresap kedalam badan dengan pengambilan air yang mencukupi
Kebanyakan jamu tidak diketahui ramuanya dengan lebih lengkap
Kandunganya lengkap dengan khasiat Asid Folik, Zat Besi, Zink, dan vitamin lain
Risiko untuk mendapat demam kuning/Jaundis adalah lebih tinggi
Vitamin yang lengkap mampu mengatasi masalah kuning/Jaundis
Jamu bersifat panas & bahaya untuk hati serta perkembangan bayi
Vitamin bersifat semula jadi & pelengkap zat harian ibu berpantang
Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan mudah menyebabkan jahitan terbuka dan bernanah
Vitamin yang lmampu memulihkan 100% luaran & dalamanbagi ibu yang bersalin normal mahupun pembedahan
Tidak dapat membantu dalam menstabilkan emosi si ibu semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan risiko meroyan
Vitamin C & B Complex mampu mengawal sebarangan bentuk tekanan dan dapat mengelakan risiko meroyan
Kurang sesuai untuk para ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya
Sangat sesuai untuk para ibu yang ingin menyusukan anak sepenuhnya  


Walaupun ibu-ibu memilih set bersalin Shaklee ini, saya masih menggalakkan para ibu meneruskan amalan2 berpantang seperti:
   ~ bertungku
   ~ berbengkung
   ~ berurut
   ~ mandi herba
kerana ianya tidak melibatkan pemakanan maka teruskanlah. Yang membezakan hanyalah dari sudut penjagaan dalaman.

Maka di sini pilihan terletak ditangan anda. Yang penting, anda harus pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan juga bayi.

Hubungi saya utk dapatkan harga kasih sayang <3
Isyqi
017-3726927 (sms/whatsapp)
Pm: www.facebook.com/messages/anjungvitamin

 TESTIMONI PENGGUNA YG DAH PON MEMGGUNAKAN SET SHAKLEE INI....



















..

Amalan Berpantang Selepas Bersalin

     Sesungguhnya, amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan seorang wanita .Mengapakah amalan berpantang penting? Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.   


                                     


    Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (pantang dengan suami perlulah 100 hari). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang dan perlu dielakkan semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

PANTANG LARANG LAIN 


Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini adalah untuk kebaikan ibu  sendiri.


1. Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.


2. Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu dan boleh menyebabkan rahim jatuh. 


3. Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan.


Jika ibu risau tidak mendapatkan nutrien yang cukup daripada pemakanan kerana amalan berpantang ini, ibu-ibu bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee. Ianya terdiri daripada rangkaian vitamin yang lengkap untuk penyembuhan dalaman dan luaran ibu. 


KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE


1- Ibu akan merasa lebih cergas dan muka berseri-seri sepanjang berpantang.
2- Ibu akan dapati luka pembedahan ataupun luka bersalin anda lebih cepat kering dan sembuh
3-Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran dan tidak perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice kepada baby,dan ianya sangat mesra ibu yang menyusukan bayi.
4- B complex membuatkan ibu tenang dan kurang stress dan ini mengelakkan ibu terkena angin meroyan
5- Mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
6- Osteomatrix membantu ibu lawas dan tidak sembelit.
7- Sangat menjimatkan, harga berpatutan, serta anda boleh sambung untuk melengkap kan tempoh penyusuan bayi anda secara ekslusif.




APA YANG TERDAPAT DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?

VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

OSTEMATRIX Boleh Bantu Tidur Lebih Lena?

Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. Insomnia adalah masalah tidah boleh tidur atau tidur yang sering terganggu. Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur.

Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.



Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh Menyebabkan Anda Berjaga

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:

" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"



Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland diHuman Nutrition Research Center di North Dakota. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php

Kenapa Ostematrix?


Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain? Kerana Ia mempunyai

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

\

Dapatkan Ostematrix anda hari ini dgn harga istimewa....
Hubungi saya di
017-3726927 (sms/whatsapp)
Pm: www.facebook.com/messages/anjungvitamin
Shaklee ID: 968132