Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama sangat saya tidak menulis di blog ni. Hari ni saya nak kongsikan tentang kepentingan pengambilan vitamin sewaktu kehamilan. Ianya penting kerana apa yang ibu-ibu hamil makan akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.
Selain multivitamin,Vit C dan B Complex, ada 2 jenis suplemen yang boleh di ambil oleh ibu hamil. Ibu-ibu pasti mahukan anak yang sihat, cergas dan cerdik bukan? Perkembangan fizikal dan mental anak-anak amat penting semasa di dalam kandungan ibu. Protin dan Minyak Ikan dikatakan makanan yang membina otak ataupun 'brain food' yang sangat baik di ambil ketika hamil.
Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh di dapati dari pelbagai sumber pemakanan di antaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain2 jenis makanan laut, tauhu dan tempe (kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu, ikan dan makanan darim kacang soya serta susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan di serap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan.
Minyak ikan pula di percayai juga penting bagi pembetukan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan ke atas. Amalan meratah ikan dan tauhu juga baik bagi wanita hamil.
Namun suka saya ingatkan, pengambilan Omegaguard hanya selepas trimester kedua kehamilan ibu-ibu ya! Manakala ESP pula yang sememangnya all time favourite boleh di ambil pada bila2 masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan